Bahan A - dikisar 8 ulas bawang merah 6 ulas bawang putih 2 biji bawang besar 4 biji ubi kentang 3 biji tomato 1 1/2 inci halia segenggam cili kering
Bahan B 1 inci lengkuas – diketuk 2 batang serai – dititik 1 sudu besar serbuk lada hitam 2 sudu besar sos cili 1 tin tomato puree (saiz sedang) 1 biji limau nipis garam gula secukup rasa
Cara-cara :
Mula- mula tulang kambing tu kena rebus dulu. Petua mak untuk hilangkan bau kambing tu ialah dengan panaskan air dulu sampai mendidih, baru masukkan tulang kambing tu. Dah rebus lebih kurang 20 minit, buang air rebusan yang pertama tu dan ganti dengan air baru (ni untuk buang sume lemak2 kambing yg menyebabkan bau hamis).
Ok next, masukkan semua bahan A yang dah dikisar dan bahan B, kecuali lada hitam dengan limau nipis. Takyah tumis. Seeloknya stew ni masak dalam pressure cooker supaya cepat empuk dan daging kambing tu masak cantik. Setelah itu, tutup lah periuk tu rapat2 dan biarkan mendidih atas dapur sampai daging kambing tu empuk.
Bila agak-agak daging dah empuk dan kuah dia dah pekat dan berwarna kemerah-merahan, boleh la masukkan serbuk lada hitam tadi dan perahkan sebiji limau nipis ke dalamnya. Kacau rata, then bleh la tutup api. Sedia untuk dihidang.
Stew tulang kambing ni boleh dimakan dengan roti perancis. Dan kuah stew ni jugak bleh dijadikan kuah pasta. Untuk makan dengan spaghetti boleh tambah oregano skit. Sure licin lah!
RESEPI KEK RED VELVET MOIST
-
Tempek resepi kat sini sebab nak buat weekend ni.
*RESEPI KEK RED VELVET MOIST *(kek sebenar red velvet agak rapuh dan kering
sedikit)
resepi ini telah diu...
Ayam Pecel
-
Kita dah lama sangat tak post gambar masak kat sini kerana kita lupa
password lol!!! Oklah it's never too late to rekindle the long lost entry!
Assalammual...
0 food critiques.:
Post a Comment