There is no sincerer love than the love of food.

Nom nom nom!


Showing posts with label asian. Show all posts
Showing posts with label asian. Show all posts

Chili Crab Ya Aloyah



Bahan :

Ketam
Bawang, bawang putih, halia, serai - blend
Cili boh
Cili sos
Sos tiram
Serbuk kunyit
Air asam jawa
Garam, gula

Cara :

Tumis bahan blend dan cili boh.
Masukkan bahan lain sebelum masukkan ketam.

Masak Lemak Perut Cili Api



Bahan - bahan :

semangkuk perut - dipotong kecil dan rebus hingga lembut
semangkuk lengkuas ]
1 inci halia ] - dihiris halus
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ]
2 keping asam gelugor
10 tangkai cili padi
santan
garam

Cara - cara :

1. Rebus perut hingga lembut.
2. Masukkan lengkuas, halia dan bawang.
3. Rebuskan lagi.
4. Masukkan asam keping, cili padi, santan dan garam.

Note : This dish takes hours to prepare. Perut boleh diganti dengan isi kerang (less time to prepare). Ada yang panggil Sambal Tahun Perut/Kerang memandangkan nak masaknya ambil masa yang lama - bertahun katanya.

Sup Lelumi Kering dan Labu



Bahan :

lelumi salai - boleh tukar dengan ikan lelumi fresh
bawang
bawang putih
sebatang serai - tak de pun tak pe
2 tangkai cili kering - tak perlu potong
2 keping asam keping
labu yang dipotong kecil
serbuk kunyit
garam

Cara :

Masukkan semua bahan ke dalam periuk bersama anggaran 4 - 5 cawan air. Bila labu dah empuk, masukkan ikan. Senang je kan?!

Nenas Masak Kuning



Bahan :

nenas yang dipotong kecil - Mem guna canned pineapple sajork. The small can.
bawang
bawang putih
halia
udang kering
sedikit biji sawi
daun kari
kulit kayu manis
bunga lawang
cili hijau
garam
serbuk kunyit

Cara :

1. Tumis bawang, bawang putih, halia, daun kari dan rempah-ratus.
2. Masukkan udang kering.
3. Tuang sedikit air. Masukkan nenas dan cili hijau.
4. Garam secukup rasa.

Aluya's Seafood Tom Yum




Bahan :

Segala tok nenek serta cucu-cicit seafood yang anda suka
Tom Yam paste/kiub
Serai
Buah tomato 1 biji
Cili padi secukup rasa
Cili merah 1 biji
Bawang besar - dibelah 8
Bawang merah - dihiris
Bawang putih - diketuk
Halia - dipotong besar
Lengkuas - dipotong besar
Daun limau purut - jika suka

Cara :

Blend sebiji tomato dan sebiji cili merah.
Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
Tambah air.

Ada beberapa cara nak sediakan tom yam:

Cara Bitamin R : Blend sebiji tomato dan sebiji cili merah. Kemuadian masukkan semua bahan lain (baca : seperti resipi).

Cara M Besar : Tak payah guna bahan blend pun... setakat campak perencah tom yum sudah!

Ada lagi satu cara - sekiranya anda tak de perencah tom yam atau sengaja tak nak guna : Tumis bawang, bawang putih dan cili padi yang ditumbuk kasar. Then tambah semua bahan serta daun limau.

Untuk resipi Tom Yam Ayam/Daging :

Rebuskan ayam/daging anda sehingga empuk.
Kemudian tambah sayur seperti karot, cendawan, kobis dan buah tomato.

Selamat!


Udang Masak Merah



Resipi di sini. Sama je.

Kalau tak nak letak telur pun boleh... dan boleh tambah petai jika suka (baca : tiada telur).

Satu lagi masakan sedikit berbeza : omit the egg, add honey and cili padi.

Kelor Goreng



Bahan (untuk 2 orang)

4 batang kelor - disiang, potong dan direbus hingga empuk
jika suka boleh letak udang hidup sedikit
bawang merah
bawang putih
halia
2 tangkai daun kari
sebiji tomato di potong
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 sudu kecil biji sawi
2 tangkai cili padi
garam dan kunyit

Cara -cara :

1. Tumis bawang, halia, cili, daun kari dan bahan rempah.
2. Masukkan tomato. Jika ada udang, tumiskan sekali.
3. Masukkan kelor yang telah direbus bersama sedikit air rebusannya.
4. Masukkan garam dan serbuk kunyit.
5. Kacau hingga masak.

Kangkung Goreng Belacan



Bahan-bahan :

seikat kangkung
bawang merah ]
bawang putih ]
sedikit belacan ] - semua bahan ditumbuk kasar
ikan bilis ]
2 tangkai cili kering ]
minyak untuk menumis
garam

Cara-cara :

1. Tumis bahan-bahan.
2. Tuang sedikit air dan masukkan batang kangkung.
3. Bila batang kangkung sudah empuk, masukkan daun kangkung.
4. Masukkan sedikit garam, kacau dan tutup kuali sehingga masak.

Kurma Telur



Resipi : Tumis bawang, garlic, ginger, cinnamon, star anise and pelaga. Tuang serbuk kurma Adabi. Add water. Empukkan potato. Then add telur rebus, diced tomato, cili hijau, onion. Add coconut milk. Dont poget salt.

Ayam Masak Merah



Cara Memasak : Same basis : tumis bawang, bawang putih and halia. Tambah cili paste. Tumis hingga cili masak. Taruk gula, garam, cili sos and air asam jawa. Taruk ayam goreng dan hirisan bawang. Dah siap Cik Jah!

Oh ya Cik Jah... kalau Cik Jah nak guna honey... then abaikan la gula earlier tu. Kang jadi pengat ayam masak merah pula.

Kway Teow Goreng




Bahan-bahan :

chunks of beef or ciken atau kerang dan udang
sebungkus kway teow
bawang dan bawang putih
2 sudu cili boh
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
2 biji telur
3 sudu kicap
buah tomato jika suka
kucai dan taugeh
garam
daun sup
bawang goreng

Cara :

1. Tumis bawang dan cili boh.

2. Masukkan ayam/daging/kerang dan udang.

3. Tuang sedikit air.

4. Masukkan kway teow, sos, kicap dan garam. Kacau.

5. Masukkan buah tomato.

6. Pecahkan telur dan gaul rata.

7. Masukkan taugeh dan kucai.

8. Tabur bawang goreng dan hirisan daun sup.

Daging Goreng Kunyit



Bahan :

250 gm daging dihiris nipis
2 ulas bawang merah dihiris kecil
1 ulas bawang putih dihiris kecil
5 hiris halia
5 biji buah pelaga
serbuk kunyit
garam
minyak untuk menumis
1 biji bawang besar di potong kasar
chickpeas/kacang panjang/kacang buncis atau broadbeans
jika tidak ada kacang di rumah, boleh juga letakkan hirisan cili hijau/capsicum

Cara :

1. Empukkan daging. Masukkan serbuk kunyit.

2. Setelah daging empuk, tuang minyak, tumiskan bawang, halia dan buah pelaga.

3. Tambah sedikit air. Masukkan garam dan kacang/cili serta hirisan bawang besar.

Sambal Petai Paul de Octopus




Bahan-Bahan :

10 ekor sotong
minyak untuk menumis
2 ulas bawang putih ]
sedikit halia ] dikisar
1 biji bawang besar ]
3-4 sudu cili boh
2 sudu cili sos
1 sudu sos tiram
gula merah/gula
garam
air asam jawa
petai

Cara-Cara :

1. Tumis bahan blend dan cili boh.

2. Masuk sotong, air asam jawa, garam, gula dan sos.

3. Kacau. Bila sotong dah masak, masukkan petai.

4. Settle lah.




Asam Pedas Mem Aluyah




Bahan :

ikan - i use milk fish... orang melayu cakap apa tak tau lah
minyak untuk menumis
1 ulas bawang putih ]
sedikit halia ] dikisar
2 biji bawang besar ]
2-3 sudu cili boh
1 batang serai
air asam jawa
1 tangkai bunga kantan
2 asam keping
daun laksa
buah tomato
sayur bendi

Cara :

1. Tumis bahan blend dan cili paste.

2. Tuang air. Tambah air asam jawa, asam keping, bunga kantan serta daun laksa.

3. Masukkan buah tomato yang dibelah 4, ikan dan bendi.

4. Garam secukup rasa.

5. Siap!

Nak kaw-kaw, biarkan asam pedas anda semalaman di dalam periuk tanah. Asam pedas lebih umph setelah dipanaskan berkali-kali.


Laksa Kg. Siglap, Singapura




Bahan untuk kuah :

1 ekor ikan parang
6 batang serai ]
1 jari lengkuas ] di kisar halus
10 ulas bawang putih]
4 biji bwg besar ]
1/2 biji kelapa putih parut - di jadikan kerisik
1 1/2 biji kelapa (dapatkan 2 liter santan pekat dan 1 liter santan cair)
8 sdm rempah kari ikan
150gm asam jawa campur dgn 1 atau 2 cwn air (tapis dapatkan air asam yg pekat)
1 paket tulang ikan kurau kering (direndam sebentar dan toskan)
1/2 cwn minyak utk menumis
garam secukup rasa
serbuk perisa jika perlu

Bahan untuk sambal :

lada kering - rendam dalam air panas sehingga kembang, tos dan kisar tanpa air dengan sedikit garam

Bahan hiasan/tabur :
daun kesum atau daun selasih
daun pudina
tauge
timun
tauhu

Guna mee laksa. Tapi Mem buat ituari guna spaghetti je.

Kuih Nagasari aka Tuntuman



Repesi step-by-step di sini.
Very simple ingredients, however nak simpan santan dalam daun tu memang kena expert lah. Kalau tak, sure tumpah-ruah. So, I'm guessing if I were to bikin kuih ni (that is after I got my periyuk kukus chap gajah, of cos), I'm gonna use the small plastic containers. And in order for me to get the daun pisang aroma, well... lapik je la selai dalam bekas pastit tu. Boleh je kan?


Kuah Lodeh ke Lontong?



Tumiskan sedikit halia, bawang, bawang putih dan cili boh.
Masukkan sedikit ikan bilis yang telah dikisar.
Serai yang dititik.
Udang.
Tuang air.
Seterusnya empukkan karet.
Masukkan santan serta *sayur-sayuran lain beserta foochook, dried toufu dan suhun.
Serbuk kunyit dan garam.

*kentang yang telah digoreng/dilayukan, terung, kobis dan kacang panjang

Jika suka boleh tambah kepingan tempe goreng.


Salad Daun Kadok (Miang Kum)




The recipe:

A
2 shallots
1 stalk lemon grass
1 inch fresh ginger
½ inch galangal
a knob of dried prawn paste
1 tbsp dried shrimps
1 tbsp toasted shredded coconut
2 tbsp roasted peanuts

B
1 cup palm sugar
2 cups water

C
2 limes, diced
1 ½ inch young ginger, diced
2 shallots, diced
2 tbsp toasted shredded coconut
2 tbsp dried shrimps
2 tbsp fried peanuts
2 tsp chillies, cut
20 piper sarmentosum (daun kadok) leaves – lettuce or other salad leaves can be used as a substitute

Grind or pound ingredients A finely.
Transfer ground ingredients A to a pot, add B and bring to a boil.
Lower heat and simmer liquid until it is reduced to 1 cup. Allow this sauce to cool.
To serve, pour thick sauce into a serving bowl.
Arrange ingredients B separately in small bowls.
To eat, shape a piper sarmentosum leaf into a cone. Place one of each C ingredient into the cone and add half a teasp of sauce. Enjoy!!

Recipe obtained at Typicalgardener's blog.

Pomelo Salad (Dtam Somoh)



Bahan-bahan :-

Pomelo
Bawang putih (cincang)
Serai (hiris halus)
Cili padi (hiris halus)
Tomato (dipotong)
Kacang panjang (dipotong)
Daun sup (dipotong)
Daun bawang (dipotong)
Kacang (ditumbuk kasar)
Garam (atau sos ikan)
Gula

Boleh ditambah udang atau isi ayam jika suka.

Kerabu Ikan Bilis



Bahan-bahan (serves 2 - 3 people) :

1 genggam ikan bilis (digoreng)
½ batang serai (diricih halus)
½ bunga kantan (diricih halus)
1 ulas bawang besar (dihiris nipis - tapi tak nipis sangat la)
1 biji buah tomato (dipotong dadu)
3 - 4 cili padi
1 - 2 sudu besar perahan air limau
sedikit gula

Gaulkan semua bahan. Jika suka boleh tambah hirisan kasar daun sup atau daun bawang. Boleh juga tambah hirisan kobis atau mangga muda (ikut selera).