Bahan-bahan : ( 8 biji )
200g tepung gandum
140ml susu/air
2 sudu besar butter/margerin
2 1/2 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil dry yeast
minyak untuk menggoreng
sambal ikan bilis
timun
Cara-cara :
1. Uli bahan-bahan sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
2. Lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
3. Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
4. Belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun yang dihiris nipis-nipis.Resipi dari Are Ryouri
Burger Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 food critiques.:
Post a Comment