There is no sincerer love than the love of food.

Nom nom nom!


Aluya's Ciken Rice


Ayam
Kicap manis
Honey
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Buah pelaga jika suka
2 cup beras
Majerin/butter
Kiub pati ayam Megi jika suka
Rempah sup 1/3 sudu
Cili sos
Cili merah
Daun sup, bawang goreng
Timun, salad, tomato



Step 1 : (ayam & kuah kicap )
Basuh ayam dan rebus.
Tos ayam dan tuang kicap manis dan honey ( 2 - 3 sudu ).
Perap.

Step 2 : ( sup )
Air rebusan ayam tadi - sila buat sup.
Tumis bawang, bawang putih, halia.
Masuk rencah sup sikit dan garam.
Boleh la letakkan part tulang-tulang ayam sikit ie leher dan bontot ayam.

Step 3 : ( nasi )
Basuh beras, masuk air.
Masukkan butter/majerin dalam 2 - 3 sudu, halia dan bawang putih yang dah ditumbuk.
Garam.
Nak masukkan cube ayam magi pun boleh.
Tak de pun tak pe.
Boleh tambah buah pelaga jika suka.

Step 4 : ( sos )
Style 1 : Blend cili merah sama bawang putih.Tambah cili sos.Garam gula.
Style 2 : Blend cili merah, bawang putih dan kulit limau kasturi.Tambah air sikit, garam gula.

Step 5 : ( ayam & kuah kicap )
Goreng ayam tadi.
Tak payah lama sebab ayam dah masak kena rebus.
Lebihan kicap tu tambah air sikit dan panaskan sekejap di atas dapur.

Tabur bawang goreng dan daun sup di atas nasi dan dalam sup.
Hiriskan tomato, timun dan daun salad.

Selamat menjamu selera !

Sup Ekor Cik Yong


1 ekor lembu
1/2 bawang besar dihiris
2 bawang putih dihiris
1/2 inci halia dihiris
1 kiub stok rusuk/pati daging Maggi
1 sudu makan rempah sup Adabi
2 biji kentang
2 biji tomato
1 batang karot
5 tangkai cili
1 biji limau kasturi/1/3 biji lemon untuk jus
1 batang celeri jika suka
garam secukup rasa
daun sup dan bawang goreng untuk ditabur sebelum makan

Cara :

1. Masak ekor sehingga empuk.
2. Tumis bahan hirisan dengan sedikit minyak.
3. Tuangkan dalam periuk.
4. Tambahkan semua bahan - rempah sup, kiub Maggi, jus limau, dan kentang.
5. Bila kentang dah nak empuk, masukkan tomato, cili, carrot dan batang celeri.
6. Masukkan garam.

Begedil Enche




Tengkiu Che Ita.

Spinach Fettuccine with Tuna Tomato Sauce




Canned tuna
Peeled tomatoes in tomato paste (canned)
Heat the oil in a large frying pan.
Add the garlic/cook until golden brown lightly.
Stir in the tomato slices/herbs (spinach/fresh basil)
Cook for 5mins.
Add the tuna/tomato paste.
Cook for 20mins until thickened.

Meanwhile cook the fettuccine or spaghetti until al dente, drain thoroughly,turn into a warmed serving dish, add the butter/toss well. Taste the sauce/add salt/pepper if necessary. Garnish with fresh basil.

Pic and recipe by Azizan Talib (over FB).


Kueh Nagasari


Resipi di Kuali Buruk.


Serunding Nyior Opah



Bahan-bahan :
Isi ikan goreng dicarik-carik
udang kering - ditumbuk
serai - dihiris & ditumbuk halus
cili merah - dihiris
asam keping - direndam dalam air panas (airnya akan digunakan juga) & asam keping tu dihiris
bawang besar - dihiris
Kelapa parut
bawang merah + bawang putih sikit

Cara-caranya :

Tumiskan bawang merah + bawang putih + udang kering dengan 1 camca minyak.
Pastu masukan semua bahan - kelapa parut + ikan + serai + hirisan asam keping + sikit serbuk kunyit -> goreng sampai kekuningan (not too garing)
Pastu masukan hirisan bawang + cili merah + air asam keping tadi + garam + gula secukup rasa.

Kuih Cara Manis dan Cara Berlauk




Bahan-bahan ( 50 biji )

Bahan untuk inti:
2 cawan daging kisar
1 camca besar rempah daging ( bancuh dgn sedikit air )
1 labu bawang besar *
Sedikit daun bawang/sup*
* Dipotong dadu
Garam secukup rasa

Bahan untuk batter :

2 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan santan
1 butir telur
Pewarna kuning
Sedikit garam
Cara-cara

Tumis rempah hingga naik minyak.
Masukkan daging kisar. Tambah air dan masak hingga daging empuk.
Masukkan sedikit garam. Kacau hingga kering.
Masukkan bawang dan daun bawang/sup. Kacau hingga rata.
Untuk menyediakan bater, pukul telur + garam.
Masukkan tepung dan santan berselang-seli. Kacau hingga rata.
Kalau berketul2, terpaksalah tapis dulu bater ini. Titikkan sedikit pewarna.
Kalau guna blender pun, lagi senang.
Cara memasak : Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
Tuang bater 3/4 penuh sahaja.
Masukkan satu sudu inti daging.
Kalau perlu, tuangkan sedikit lagi bater supaya kuih nampak kemas.
Tutup hingga kuih masak.Keluarkan dari acuan dan boleh lah dihidangkan.

Untuk kuih cara manis, tuangkan bater penuh acuan. Masukkan satu sudu gula pasir dan tutup hingga masak.

Disalin dari My Resipi.


Cheese Cake



Base

Blend 15 pcs of biskut marie sampai hancur.
Then melt 1/4 butter.
Then mix blended biskut marie tadi with the melting butter.
Tekan-tekan atas loyang yang dah juga disapu dengan butter, dan ratakan.
Leave in fridge for a while... about 15 min.

Topping

250gm cream cheese (dalam botol - Kraft or Philadelphia)
200ml whip cream (ada yang ready made, beli yang tu senang)
2 tbsp lemon juice ( kalau nak rasa masam sikit je, cut the quantity)
3 tbsp flour (tepung gandum, kena boh takut runtuh topping)
2 eggs
90 gm (3 oz) caster sugar

Heat oven to 170 C
Bake 40-45 min. Kalau nak elak topping dia hangit, after 20 min baking, put aluminium foil on the cake. Continue baking.


Steamed Choc Cake with Topping



Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/mentega cair
1 cawan gula castor
1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh serbuk penaik

Bahan C
3 biji telur

Cara-caranya
Semua bahan A dimasukkan ke dalam periuk dan dipanaskan sebentar sehingga gula larut. Tutup dan sejukkan bahan ini.

Pukul bahan C hingga kembang. Masukkan ke dalam bahan A. Kaup balik hingga bahan C bercampur serata dengan bahan A.

Tepung gandum + soda + serbuk penaik dicampur dan diayak. Kemudian sedikit demi sedikit masukkan ke dalam adunan coklat tadi sambil dikaupbalikkan hingga serata.

Tutup bekas kek dengan aluminium foil - untuk mengelakkan air dari menitik ke atas permukaan kek. Kukus selama 1 jam @ sehingga kek masak.

Topping
1/2 cup cocoa powder
1/2 cup of mazola oil
1 cup of condensed milk

How to:
1. Mix all ingredents together in a pot and stir until they mixed well.
2. Heat the ingredient on a small fire
3. Once everything is mixed well and melted pour the ingredient on top of the cake.

Resipi dan gambar dari Shida Rashid.

Cornflakes Bermadu Tiga



1 kotak cornflakes
4 sudu honey
5 cawan gula aising
1 buttercup

Caranya :

Masak honey, gula, buttercup
Dah masak tuang atas conflakes
Mix n masuk dalam cup
Bakar approx 15 minit or hingga kuning ke coklat... jangan coklat sangat, hangus dah tu.

Selamat mencuba.

Chili Crab Ya Aloyah



Bahan :

Ketam
Bawang, bawang putih, halia, serai - blend
Cili boh
Cili sos
Sos tiram
Serbuk kunyit
Air asam jawa
Garam, gula

Cara :

Tumis bahan blend dan cili boh.
Masukkan bahan lain sebelum masukkan ketam.

Sambal Bilis Petai



Bahan :

Bawang, bawang putih, halia - blend
Cili boh
Ikan bilis
Air asam jawa
Garam dan gula
Cili sos - jika suka

Cara :

Tumis bahan blend dan cili boh.
Masukkan garam, gula dan air asam jawa.
Tuang air dan masukkan ikan bilis.
Masukkan petai.

Untuk buat sambal nasi lemak (baca : tiada petai)
Sama bahan dan cara cuma tambahkan hirisan bawang besar.


Masak Lemak Perut Cili Api



Bahan - bahan :

semangkuk perut - dipotong kecil dan rebus hingga lembut
semangkuk lengkuas ]
1 inci halia ] - dihiris halus
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ]
2 keping asam gelugor
10 tangkai cili padi
santan
garam

Cara - cara :

1. Rebus perut hingga lembut.
2. Masukkan lengkuas, halia dan bawang.
3. Rebuskan lagi.
4. Masukkan asam keping, cili padi, santan dan garam.

Note : This dish takes hours to prepare. Perut boleh diganti dengan isi kerang (less time to prepare). Ada yang panggil Sambal Tahun Perut/Kerang memandangkan nak masaknya ambil masa yang lama - bertahun katanya.

Sup Lelumi Kering dan Labu



Bahan :

lelumi salai - boleh tukar dengan ikan lelumi fresh
bawang
bawang putih
sebatang serai - tak de pun tak pe
2 tangkai cili kering - tak perlu potong
2 keping asam keping
labu yang dipotong kecil
serbuk kunyit
garam

Cara :

Masukkan semua bahan ke dalam periuk bersama anggaran 4 - 5 cawan air. Bila labu dah empuk, masukkan ikan. Senang je kan?!

Nenas Masak Kuning



Bahan :

nenas yang dipotong kecil - Mem guna canned pineapple sajork. The small can.
bawang
bawang putih
halia
udang kering
sedikit biji sawi
daun kari
kulit kayu manis
bunga lawang
cili hijau
garam
serbuk kunyit

Cara :

1. Tumis bawang, bawang putih, halia, daun kari dan rempah-ratus.
2. Masukkan udang kering.
3. Tuang sedikit air. Masukkan nenas dan cili hijau.
4. Garam secukup rasa.

Mee Rubus Mem Aluya



Bahan :

chunks of beef or chicken
3 tblsp udang geragau
bawang besar ]
bawang putih ] - blend
halia ]
cili boh
cili sos
minyak untuk menumis
2 biji kentang atau ] - direbus dan blendkan
1 biji ubi keledek ]
1 biji telur untuk dipecahkan dalam kuah
sedikit kacang tanah yang ditumbuk kasar - mem guna kacang masin yang dalam paket
garam
gula sekiranya guna kentang, jika guna keledek, tak perlu gula sebab keledek dah manis


Cara :

1. Tumiskan bahan blend hingga masak. Masukkan cili boh dan tumis lagi.
2. Masukkan daging atau ayam yang dipotong kecil.
3. Tuang air.
4. Masukkan udang geragau, cili sos, garam. Biar hingga ayam/daging masak.
5. Masukkan kentang/keledek yang telah dilenyek/blend.
6. Jika kurang manis, masukkan sedikit brown sugar/gula biasa.
7. Pecahkan telur dan kacau.
8. Masukkan kacang yang telah ditumbuk kasar.

Hidangkan dengan mee bersama telur rebus (poach), hirisan cili, taugeh, kencang rebus, tauhu dan bawang goreng.

Aluya's Seafood Tom Yum




Bahan :

Segala tok nenek serta cucu-cicit seafood yang anda suka
Tom Yam paste/kiub
Serai
Buah tomato 1 biji
Cili padi secukup rasa
Cili merah 1 biji
Bawang besar - dibelah 8
Bawang merah - dihiris
Bawang putih - diketuk
Halia - dipotong besar
Lengkuas - dipotong besar
Daun limau purut - jika suka

Cara :

Blend sebiji tomato dan sebiji cili merah.
Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
Tambah air.

Ada beberapa cara nak sediakan tom yam:

Cara Bitamin R : Blend sebiji tomato dan sebiji cili merah. Kemuadian masukkan semua bahan lain (baca : seperti resipi).

Cara M Besar : Tak payah guna bahan blend pun... setakat campak perencah tom yum sudah!

Ada lagi satu cara - sekiranya anda tak de perencah tom yam atau sengaja tak nak guna : Tumis bawang, bawang putih dan cili padi yang ditumbuk kasar. Then tambah semua bahan serta daun limau.

Untuk resipi Tom Yam Ayam/Daging :

Rebuskan ayam/daging anda sehingga empuk.
Kemudian tambah sayur seperti karot, cendawan, kobis dan buah tomato.

Selamat!


Udang Masak Merah



Resipi di sini. Sama je.

Kalau tak nak letak telur pun boleh... dan boleh tambah petai jika suka (baca : tiada telur).

Satu lagi masakan sedikit berbeza : omit the egg, add honey and cili padi.

Lala Goreng Bercili



Sebenarnya Mem tak sure nama kerang ni apa. Lala ke? Setahu Mem Lala tu lain rupanya. Nih macam Lokan... anak Lokan kah? Anyway, here's the recipe :

Bahan :

Lala/anak lokan. Kalau nak masak udang/ketam pun sedap.
As usual, bawang merah, bawang putih and halia (blend)
Cili boh
Sos tiram
Sos cili
Telur sebiji
Garam dan gula

Cara :

Tumiskan cili boh dan bahan blend.
Masukkan sos dan perasa.
Masukkan seafood anda.
Pecahkan telur.
Siap.

Kalau kurang itu ini... papandai la 'oter'.

Kelor Goreng



Bahan (untuk 2 orang)

4 batang kelor - disiang, potong dan direbus hingga empuk
jika suka boleh letak udang hidup sedikit
bawang merah
bawang putih
halia
2 tangkai daun kari
sebiji tomato di potong
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 sudu kecil biji sawi
2 tangkai cili padi
garam dan kunyit

Cara -cara :

1. Tumis bawang, halia, cili, daun kari dan bahan rempah.
2. Masukkan tomato. Jika ada udang, tumiskan sekali.
3. Masukkan kelor yang telah direbus bersama sedikit air rebusannya.
4. Masukkan garam dan serbuk kunyit.
5. Kacau hingga masak.