There is no sincerer love than the love of food.

Nom nom nom!


Butter Cheese Cake



Bahan-bahan :

170 gm mentega
125 gm philadelphia cream cheese
250 gm gula kastor
5 biji kuning telur
210 gm tepung serbaguna/gandum
1 1/2 camt baking powder
2 camt esen vanila
5 biji telur putih
1/8 camt cream of tartar

Cara :

1. Alaskan kertas kalis minyak tin empatsegi 20 atau 22cm dan griskan.
2. Ayakkan tepung dan baking powder.
3. Pukul mentega dan cream cheese sehingga kembang dan pucat warnanya.
4. Masukkan sedikit demi sedikit gula dan pukul lagi sehingga habis.
5. Bubuh sebiji demi sebiji kuning telur sambil dipukul lagi sehingga sebati.
6. Perlahankan speed mixer dan masukkan pula tepung.
7. Selepas itu masukkan esen vanila.
8. Di dalam mangkuk adunan yang lain pukulkan putih telur hingga berbuih.
9. Masukkan cream of tartar dan pukul lagi sehingga kental.
10. Bubuh 1/3 adunan ke dalam adunan cream cheese dan kaupbalikkan adunan sehingga sebati.
11. Ulangi sehingga habis.
12. Ratakan adunan ke dalam tin dan bakar pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga masak.
13. Keluarkan dan biarkan di atas redai selama 1o min sebelum dikeluarkan dari tin.
14. Pastikan kek betul2 sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

Resipi dari Are Ryouri

0 food critiques.: