There is no sincerer love than the love of food.

Nom nom nom!


Showing posts with label seafood. Show all posts
Showing posts with label seafood. Show all posts

Chili Crab Ya Aloyah



Bahan :

Ketam
Bawang, bawang putih, halia, serai - blend
Cili boh
Cili sos
Sos tiram
Serbuk kunyit
Air asam jawa
Garam, gula

Cara :

Tumis bahan blend dan cili boh.
Masukkan bahan lain sebelum masukkan ketam.

Aluya's Seafood Tom Yum




Bahan :

Segala tok nenek serta cucu-cicit seafood yang anda suka
Tom Yam paste/kiub
Serai
Buah tomato 1 biji
Cili padi secukup rasa
Cili merah 1 biji
Bawang besar - dibelah 8
Bawang merah - dihiris
Bawang putih - diketuk
Halia - dipotong besar
Lengkuas - dipotong besar
Daun limau purut - jika suka

Cara :

Blend sebiji tomato dan sebiji cili merah.
Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
Tambah air.

Ada beberapa cara nak sediakan tom yam:

Cara Bitamin R : Blend sebiji tomato dan sebiji cili merah. Kemuadian masukkan semua bahan lain (baca : seperti resipi).

Cara M Besar : Tak payah guna bahan blend pun... setakat campak perencah tom yum sudah!

Ada lagi satu cara - sekiranya anda tak de perencah tom yam atau sengaja tak nak guna : Tumis bawang, bawang putih dan cili padi yang ditumbuk kasar. Then tambah semua bahan serta daun limau.

Untuk resipi Tom Yam Ayam/Daging :

Rebuskan ayam/daging anda sehingga empuk.
Kemudian tambah sayur seperti karot, cendawan, kobis dan buah tomato.

Selamat!


Udang Masak Merah



Resipi di sini. Sama je.

Kalau tak nak letak telur pun boleh... dan boleh tambah petai jika suka (baca : tiada telur).

Satu lagi masakan sedikit berbeza : omit the egg, add honey and cili padi.

Lala Goreng Bercili



Sebenarnya Mem tak sure nama kerang ni apa. Lala ke? Setahu Mem Lala tu lain rupanya. Nih macam Lokan... anak Lokan kah? Anyway, here's the recipe :

Bahan :

Lala/anak lokan. Kalau nak masak udang/ketam pun sedap.
As usual, bawang merah, bawang putih and halia (blend)
Cili boh
Sos tiram
Sos cili
Telur sebiji
Garam dan gula

Cara :

Tumiskan cili boh dan bahan blend.
Masukkan sos dan perasa.
Masukkan seafood anda.
Pecahkan telur.
Siap.

Kalau kurang itu ini... papandai la 'oter'.

Sambal Petai Paul de Octopus




Bahan-Bahan :

10 ekor sotong
minyak untuk menumis
2 ulas bawang putih ]
sedikit halia ] dikisar
1 biji bawang besar ]
3-4 sudu cili boh
2 sudu cili sos
1 sudu sos tiram
gula merah/gula
garam
air asam jawa
petai

Cara-Cara :

1. Tumis bahan blend dan cili boh.

2. Masuk sotong, air asam jawa, garam, gula dan sos.

3. Kacau. Bila sotong dah masak, masukkan petai.

4. Settle lah.