There is no sincerer love than the love of food.

Nom nom nom!


Tiramisu




Ingredients :

2 x 250g mascarpone cheese
2 x 100g fresh cream (boleh dikurangkan jika mahu)
2 biji kuning telur
5 sudu besar gula (saya guna icing)
1 sudu kecil jus lemon
1 pack lady fingers/sponge fingers (Savoiardi)
vanilla
serbuk koko
1 cawan kopi - saya selalu guna cappucccino- ikut selera - nescafe pun boleh

Cara-cara :

Pukul kuning telur, vanilla dan gula hingga berkrim lebih kurang 10-15 min.

Kemudian double boil kan bahan tadi... sejukkan ...

Masukkan bahan tadi bersama marscapone cheese dan fresh cream. Kacau hingga rata.

Celupkan sponge fingers/lady fingers ke dalam air kopi..jangan terlalu lama, nanti serap air terlalu banyak, tiramisu akan jadi lembik. Saya selalu guna bekas yang besar, jadi saya golekkan sebentar saja lady fingers ke dalam air kopi tu.

Setelah dicelup ke dalam air kopi, aturkan lady fingers pada bekas sebagai lapisan pertama.

Lepas tu sapukan marscapone cheese keatas lapisan pertama. Ulangkan pada lapisan kedua.

Atas sekali ayakkan serbuk koko di atasnya. Sejukkan didalam peti sejuk sebelum dihidangkan seelok-eloknya semalaman.

Resipi dicedok dari sini.

0 food critiques.: