There is no sincerer love than the love of food.

Nom nom nom!


Aluya's Seafood Tom Yum




Bahan :

Segala tok nenek serta cucu-cicit seafood yang anda suka
Tom Yam paste/kiub
Serai
Buah tomato 1 biji
Cili padi secukup rasa
Cili merah 1 biji
Bawang besar - dibelah 8
Bawang merah - dihiris
Bawang putih - diketuk
Halia - dipotong besar
Lengkuas - dipotong besar
Daun limau purut - jika suka

Cara :

Blend sebiji tomato dan sebiji cili merah.
Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
Tambah air.

Ada beberapa cara nak sediakan tom yam:

Cara Bitamin R : Blend sebiji tomato dan sebiji cili merah. Kemuadian masukkan semua bahan lain (baca : seperti resipi).

Cara M Besar : Tak payah guna bahan blend pun... setakat campak perencah tom yum sudah!

Ada lagi satu cara - sekiranya anda tak de perencah tom yam atau sengaja tak nak guna : Tumis bawang, bawang putih dan cili padi yang ditumbuk kasar. Then tambah semua bahan serta daun limau.

Untuk resipi Tom Yam Ayam/Daging :

Rebuskan ayam/daging anda sehingga empuk.
Kemudian tambah sayur seperti karot, cendawan, kobis dan buah tomato.

Selamat!


0 food critiques.: