There is no sincerer love than the love of food.

Nom nom nom!


Kuih Cara Manis dan Cara Berlauk




Bahan-bahan ( 50 biji )

Bahan untuk inti:
2 cawan daging kisar
1 camca besar rempah daging ( bancuh dgn sedikit air )
1 labu bawang besar *
Sedikit daun bawang/sup*
* Dipotong dadu
Garam secukup rasa

Bahan untuk batter :

2 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan santan
1 butir telur
Pewarna kuning
Sedikit garam
Cara-cara

Tumis rempah hingga naik minyak.
Masukkan daging kisar. Tambah air dan masak hingga daging empuk.
Masukkan sedikit garam. Kacau hingga kering.
Masukkan bawang dan daun bawang/sup. Kacau hingga rata.
Untuk menyediakan bater, pukul telur + garam.
Masukkan tepung dan santan berselang-seli. Kacau hingga rata.
Kalau berketul2, terpaksalah tapis dulu bater ini. Titikkan sedikit pewarna.
Kalau guna blender pun, lagi senang.
Cara memasak : Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
Tuang bater 3/4 penuh sahaja.
Masukkan satu sudu inti daging.
Kalau perlu, tuangkan sedikit lagi bater supaya kuih nampak kemas.
Tutup hingga kuih masak.Keluarkan dari acuan dan boleh lah dihidangkan.

Untuk kuih cara manis, tuangkan bater penuh acuan. Masukkan satu sudu gula pasir dan tutup hingga masak.

Disalin dari My Resipi.


0 food critiques.: